Rabu, 17 Julai 2013

Dah Buat Persiapan Utk Raya Ke?

hu..hu...hu... sekejap je dah seminggu kita puasa kan? Alhamdulillah..anak-anak pun masih penuh berpuasa.. Yana rilex je.. Danial pulak setakat harini ok je.. yg penting time berbuka ada kuih SAMPAN kegemaran dia.. Klu x de kuih tu alamat tak sempurna la buka puasa. Danisya pulak bila time sahur dia la org pertama yg dengan sukarelanya tolong ibu memasak...he..he...bagus anak ibu ni. Makan sahur mengalahkan org yg nak puasa. Waktu berbuka pulak Danisya la penghibur kami...he..he... mana taknya, bila tengok je makanan yg terhidang atas meja dia akan cakap ..''wahh....anyaknyeee...hmmm..cedapppp..'' macam-macam ragam anak-anak bila puasa ni. Baju raya masing-masing dah ready cuma tahun ni tak mau beli biskut raya banyak sangatlah.. takut tak habis macam tahun lepas.. kan membazir tu namanya.


Isnin, 1 Julai 2013

hmm...dah lama betul tak update blog aku ni kan..?? sibuk dgn kerja dan keluarga. diam tak diam sepuluh hari lagi nak menjelang ramadhan... dan tinggal beberapa bulan je lagi anak dara aku dah nak UPSR.. risau memikirkan. macam ni rupanya rasa bila dah ada anak yg nak ambik exam penting..apa apa pun ibu sentiasa doakan YANA berjaya dgn cemerlang..5A.. Aminn..